Jepun Timur Dialek_bahasa_Jepun

Dialek Hokkaido

Rencana utama: dialek Hokkaido
Peta dialek bahasa Jepun dan bahasa-bahasa Japonik

Penduduk Hokkaido sebahagian besar merupakan pendatang yang relatif baru dari berbagai daerah di Jepun. Dialek Hokkaido (Hokkaidō-ben) dipengaruhi secara jelas oleh dialek Tohoku (Tōhoku-ben) yang dipakai penduduk paling timur Pulau Honshu. Hal ini disebabkan letak geografi Hokkaido dan Tohoku yang berdekatan. Ciri khas dialek Hokkaido adalah perbezaan jender yang lebih sedikit dan banyaknya kosakata khas daerah. Kalimat dalam dialek Hokkaido diakhiri dengan kata dabesa (だべさ) dan bukan desu (です). Ada kecenderungan orang Hokkaido untuk bercakap cepat dan disingkat-singkat seperti sering ditemui dalam cara berbicara orang di daerah pedalaman di Jepun.

Dialek Tohoku

Rencana utama: dialek Tohoku

Dialek Tohoku dipakai orang yang tinggal di 6 prefektur di wilayah Tohoku yang merupakan daerah timur laut di Pulau Honshu. Dialek ini dapat berbeza jauh dari bahasa Jepun piawai. Bila ada orang berbicara dalam dialek Tohoku di televisi, maka stesen televisyen akan menampilkan teks terjemahan dalam bahasa Jepun piawai.

Salah satu ciri khas dialek Tohoku yang sangat mencolok adalah tidak adanya perbezaan antara vokal tinggi "i" dan "u" sehingga kata-kata seperti sushi, susu (jelaga), dan shishi (singa) diucapkan seperti sebuah homofon (kata-kata tersebut diucapkan dengan perbezaan yang jelas dalam dialek-dialek bahasa Jepun yang lain). Dialek Tohoku tidak mengenal perbezaan yang jelas atau sedikitnya perbezaan dalam pengucapan antara shi dan su, antara chi dan tsu, serta dakuon ji (じ/ぢ) dan zu (ず/づ). Bunyi-bunyi chi (ぢ), zu (づ), ji (じ), dan zu (ず) semua diucapkan seperti [dzü]. Oleh kerana itu, dialek Tohoku sering disebut Zūzū-ben (ズーズー弁, dialek Zūzū).

Pembahagian dialek Tohoku menurut lokasi geografi:

Dialek Kanto

Ciri khas dialek Kanto yang mengakhiri kalimat dengan "-be" (~べ) dan "-nbe" (~んべ) juga dimiliki oleh dialek Tohoku. Dialek Kanto Timur terutama mirip dengan dialek Tohoku. Dialek-dialek lokal Kanto di Tokyo dan daerah pinggirannya menghilang secara perlahan-lahan kerana bahasa Jepun piawai lebih dahulu dikenali secara luas di Kanto dibandingkan daerah-daerah lain di Jepun.

Jenis-jenis dialek Kanto menurut letak geografi:

Dialek Tōkai-Tōsan

Rencana utama: dialek Tōkai-Tōsan

Dialek Tōkai-Tōsan (東海東山方言) atau dialek Chūbu adalah dialek yang dipakai orang di Wilayah Shizuoka, Wilayah Yamanashi (kawasan Kuninaka), Wilayah Aichi, Wilayah Gifu, Wilayah Nagano, dan Wilayah Niigata (kecuali kawasan Agakita dan Pulau Sado). Dialek ini banyak dipengaruhi dialek Kansai dan dialek Kanto Barat.

Dialek Tōkai-Tōsan dibagi menjadi tiga kelompok: Nagano-Yamanashi-Shizuoka, Echigo, dan Gifu-Aichi.

Nagano-Yamanashi-Shizuoka

Echigo

Gifu-Aichi